Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Perangkap maut lubang TNB



Dua buah kereta yang terjunam dalam lubang sedalam dua meter ekoran jalan licin di Bandar Baru Ayer Itam, George Town semalam.


GEORGE TOWN – Dua buah kereta jenis Honda City dan Proton Wira terjunam ke dalam sebuah lubang sedalam dua meter yang digali bagi kerja-kerja pemasangan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Thean Teik, Bandar Baru Air Itam dekat sini semalam.
Difahamkan, kejadian yang berlaku pada pukul 8 pagi itu berpunca akibat jarak pemanduan yang kurang jelas ekoran hujan lebat dan jalan licin.
Keadaan itu menyebabkan dua buah kereta berkenaan melanggar penghadang jalan sebelum terjunam ke dalam lubang berkenaan.
Bagaimanapun, kedua-dua pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecede­raan manakala dua buah kereta itu berjaya dike­luarkan kira-kira dua jam kemudian menggunakan kren Majlis Bandaraya Pulau Pinang.
Seorang peniaga kedai serbaneka berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Azlin, 31, mendakwa, kejadian tersebut bukan kali pertama berlaku kerana sebelum ini sebuah motosikal pernah terjunam ke dalam lubang yang sama.
“Projek pemasangan kabel ini telah dimulakan sejak dua bulan lalu tetapi masih belum siap-siap lagi.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3Zxsa4mUj 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment