RIYADH - ARAB SAUDI . Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan menyeludup dadah dijatuhi hukuman pancung di Arab Saudi, semalam.
 
Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, Ihsan Amin didapati bersalah menyeludup heroin.
 
Sementara itu, laporan AFP mendakwa Ihsan merupakan orang ke-90 yang dihukum pancung tahun ini, berbanding hanya 87 pesalah pada tahun lepas.
 
Difahamkan, hampir separuh dari pesalah yang dihukum pancung merupakan warganegara asing.
 
Menurut sebuah kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International berkata, jumlah pesalah yang dihukum pancung di Arab Saudi adalah mengejutkan.
 
"Peningkatan jumlah pesalah dihukum pancung mengejutkan dan melebih jumlah hukuman sama pada tahun lepas.
 
Hampir separuh pesalah yang dihukum pancung tahun lepas berkenaan dengan dadah, tambah Amnesty.
 
"Ianya bukan kesalahan paling serius dan hukuman pancung yang digunakan menyalahi undang-undang antarabangsa," tambah organisasi tersebut.
 
Untuk rekod, undang syariah yang ketat di Arab Saudi menjanjikan hukuman pancung terhadap kesalahan penyeludupan dadah, rogol, bunuh, rompakan bersenjata dan murtad.