Mail Online melaporkan, Cary David membayar caj perkhidmatan sebanyak AS$7.99 (RM28.69) bagi membolehkannya menyaksikan rangkai televisyen DirecTV Entertainment ketika penerbangan.
Apa yang membuatkan wanita dari Orange County itu berang adalah, dia hanya berkesempatan menyaksikan siaran berkenaan 10 minit sebelum pesawat dari Newark ke Puerto Rico berkenaan mendarat.
Bagaimanapun, syarikat penerbangan United Airlines menolak tuntutan saman tersebut dengan berkata, penumpang sewajarnya membaca ketetapan langganan yang menyatakan saluran televi­syen dan WiFi tidak terdapat bagi penerbangan di luar Amerika Syarikat (AS).
United Airlines turut berharap kes tuntutan saman berkenaan yang difailkan di Mahkamah Newark oleh David digugurkan.
“Kami percaya saman ini tidak berlandaskan kepada fakta dan undang-undang.
“Kami sudah nyatakan dengan jelas kepada penumpang, program DirecTV Entertainment tidak akan disiarkan di dalam pesawat di luar AS. Perkhidmatan hanya dapat disaksikan di dalam negara,” kata jurucakap United Airlines.