Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Pelarian Rohingya: ASEAN minta bantuan Jepun


26 Mei 2015 1:50 AM

TOKYO 25 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam lawatan kerja rasmi tiga hari ke negara ini mengambil kesempatan untuk meminta bantuan Jepun dalam menyelesaikan isu pelarian Rohingya.
Perdana Menteri berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN berpendapat isu tersebut juga merupakan masalah global yang perlu diselesaikan di peringkat antarabangsa.
Isu tersebut ditimbulkannya dalam perjumpaan dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam pertemuan di pejabat beliau di sini hari ini.
“Saya berterima kasih kepada Abe yang menyokong Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dan mengambil peluang pada perjumpaan hari ini untuk memberi taklimat tentang cabaran terbaharu yang dihadapi rantau itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan itu.
Menurutnya, ASEAN akan mengambil langkah penyelesaian mengikut semangat rantau itu, namun penglibatan Jepun amat dialu-alukan.
Kemasukan pelarian Rohingya dari Myanmar yang mencecah ribuan orang ke negara jiran baru-baru ini menjadi isu apabila maklumat risikan mendapati ramai lagi yang akan mengambil langkah sama.
Isu tersebut turut mendapat perhatian antarabangsa apabila ada negara yang menghalau bot-bot yang dinaiki pelarian tersebut, malah kerajaan Myanmar pada peringkat awal juga enggan menerima pelarian itu. – UTUSAN
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelarian-rohingya-asean-minta-bantuan-jepun-1.95942#sthash.8hRd2vHQ.dpuf

No comments:

Post a Comment