Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Pelajar warga Nigeria ditahan, 22kg ganja dirampas


11 Mei 2015 3:46 AM

PETALING JAYA 10 Mei – Taktik seorang pelajar kolej warga Nigeria menyembunyikan dadah jenis ganja seberat 22 kilogram (kg) bernilai kira-kira RM60,000 di dalam me­sin basuh gagal mengaburi mata pi­hak berkuasa.
Perbuatan itu bagaimanapun terbongkar apabila Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) Bukit Aman menahan lelaki berusia 30 tahun itu di Kondo­minium Mentari Court, Bandar Sunway, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, dalam operasi tersebut, suspek ditahan di tingkat bawah kondominium terbabit kira-kira pukul 7.30 malam.
Menurut beliau, hasil pemeriksaan di tubuh suspek menjumpai sembilan anak kunci, pasport dan dua telefon bimbit yang diletakkan di dalam poket seluarnya.
Katanya, suspek kemudian di­bawa anggota polis ke unit rumah yang didiaminya di tingkat lapan.
“Pemeriksaan di dalam rumah menemui sebuah mesin basuh di bahagian ruangan dapur dan di da­lamnya mengandungi 21 bungkusan dipercayai ganja yang dimampatkan seberat 20 kg.
“Turut ditemukan, sebuah beg kain di dalamnya mengandungi da­un kering yang turut dimampatkan disyaki ganja seberat 11 kg,” ka­tanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mengulas lanjut Azmi membe­ritahu, suspek memiliki visa pelajar dan menetap di negara ini sejak beberapa tahun lalu.
“Suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujar­nya.
Sementara itu, Ketua Polis Ne­ga­ra, Tan Sri Khalid Abu Bakar me­ngucapkan tahniah kepada pa­sukan STING di atas penahanan lelaki warga Nigeria itu.
“Syabas STING @PDRMsia semalam tangkap seorang lelaki Nigeria umur 30 tahun dan rampas 21 kilogram ganja di Mentari Court Petaling Jaya. Go PDRM go,” kata­nya di laman twitter miliknya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pelajar-warga-nigeria-ditahan-22kg-ganja-dirampas-1.90583#sthash.BzdGyuol.dpuf

No comments:

Post a Comment