Pelajar itu yang menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Kuala Lumpur ditahan tengah malam tadi di sebuah tapak pembinaan di Kampung Batu Enam di sini.
Ketua Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Ahmad Shalihin Salleh berkata, pelajar terbabit didapati menggunakan pas pelajar untuk bekerja sebagai buruh binaan.
Dia yang berusia 21 tahun mendakwa berkunjung ke kawasan itu untuk menemui rakannya.
Ahmad Shalihin berkata, seramai 14 orang warga asing terdiri daripada warga Thailand, Myanmar, Bangladeh dan Indonesia ditahan dalam operasi itu kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah, manakala tujuh lagi termasuk pelajar terbabit ditahan kerana melanggar syarat pas lawatan sosial. - BERNAMA