KHALID ABU BAKAR
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan polis Thailand sekiranya mendapat maklumat mengenai perkara itu.
“Buat masa ini, biar kami siasat dahulu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Isnin lalu, Ketua Polis Thailand, Jen Somyot Poompanmoung dalam satu kenyataan yang disiarkan media asing mendakwa seorang lelaki yang dikenali sebagai Pajjuban Aungkachotephan atau Ko Tong telah melarikan diri Malaysia selepas diburu pihaknya.
Susulan itu, akhbar hari ini melaporkan pihak polis sedang mengesan Ko Tong yang dipercayai bersembunyi di Langkawi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Harith Kam Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan bagi menjejaki Ko Tong.
“Namun masih belum ada perkembangan positif,” katanya.