Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Pasangan tunang tak sempat kahwin

Seremban: Hasrat sepasang tunang mendirikan rumah tangga Ogos ini terbantut apabila kedua-dua mereka dicekup selepas dipercayai terbabit dalam aktiviti pembungkusan dan pengedaran dadah di Garden Avenue, Seremban 2, di sini, Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pasangan terbabit ditahan pada jam 11.30 pagi di rumah sewa di penempatan itu.
Katanya, pihaknya yang menerima maklumat awam menyerbu kediaman berkenaan sebelum menemui satu peket heroin 16.6 gram, kanabis 4.6 gram serta satu tiup dadah methamphetamine.
Menurutnya, pemeriksaan menemui alatan timbang, plastik bungkus dan pedang samurai di sebuah bilik.
“Ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah. Suspek lelaki berusia 32 tahun serta pasangannya berumur 25 tahun direman Jumaat lalu hingga Khamis ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban 2, di sini, semalam.
Muhamad Zaki berkata, pasangan berkenaan bertunang pada awal tahun ini dan bercadang mendirikan rumah tangga Ogos depan.
“Pemeriksaan rekod jenayah mendapati suspek lelaki pernah ditahan polis berkaitan dadah pada 2008 dan dijatuhkan hukuman pada tahun berikutnya manakala pasangannya tiada rekod jenayah,” katanya.
Menurutnya, pihaknya percaya pasangan itu penagih dan pengedar dadah berdasarkan rampasan serta siasatan yang dibuat.
Katanya, polis kini memburu rakan suspek yang masih bebas kerana dipercayai terbabit dalam aktiviti berkenaan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6 dan Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
“Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Mei 2015 @ 6:09 AM


MUHAMAD menunjukkan pedang Samurai dirampas.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53395#sthash.1PBY3q8z.dpuf

No comments:

Post a Comment