BEIJING - CHINA. Gara-gara mengambil selfie ketika sedang bertugas, dua anggota bomba menerima padah selepas mereka dipecat serta-merta, menurut media tempatan, kelmarin.

Agensi berita Xinhua melaporkan seorang lagi anggota bomba turut diberikan surat amaran oleh pihak atasan.

Difahamkan, hukuman tersebut dikenakan selepas gambar mereka sedang berselfie ketika operasi mencari seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di wilayah Yunnan tersebar secara meluas di media sosial hingga mencetuskan kritikan orang ramai. - AFP