KUALA LUMPUR - Jumlah pesalah trafik yang mempunyai waran tangkap, menyerah diri sejak Ops Warta dilancarkan mencecah 4,184 individu hingga hari ini.
  
Menurut laporan Cawangan Trafik Bukit Aman, Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 1,169 orang diikuti Johor 694 individu.
  
Bagi tempoh yang sama, 887 lagi pesalah ditangkap kerana gagal menyelesaikan waran tangkap mereka, daripada jumlah itu 283 akan didakwa dan 604 diikat jamin.
  
Ops Warta yang dilancar Isnin lepas dilaksanakan untuk mengesan pesalah trafik yang memiliki waran tangkap. - Bernama