Search This Blog

Tuesday, May 12, 2015

Mogok marah rakan mati

New Delhi: Pemandu bas India semalam mogok membantah kematian rakan mereka akibat dibelasah samseng jalan raya, hujung minggu lalu, mengakibatkan ribuan pengguna terkandas.
Pemandu syarikat bas dikendalikan kerajaan memilih mogok kerja di ibu negara yang mempunyai 16 juta penduduk kerana menuntut kerajaan meningkatkan keselamatan untuk kakitangan dan ganti rugi bagi rakan sekerja mereka yang dibunuh selepas dibelasah penunggang motosikal menggunakan topi keledarnya kelmarin.
Mangsa, Ashok Kumar 42, memandu bas dari Karampura ke Bahadurgarh sebelum menggesel motosikal ditunggang lelaki dikenali sebagai Vijay dan pemboncengnya menyebabkan mereka terjatuh.
Suspek berusia 22 tahun itu terus memukul mangsa dengan topi keledar selama beberapa minit dan lari meninggalkan tempat kejadian dalam kejadian yang disaksikan penumpang bas itu.
Suspek ditahan pada malam kejadian.
Polis masih menyiasat sama ada pemadam api disimpan di dalam bas turut digunakan suspek untuk memukul mangsa.
Setiausaha Am Perbadanan Pengangkutan Delhi Tara Chand berkata, pihaknya menuntut kerajaan Delhi membayar pampasan kepada keluarga mangsa dan memastikan keselamatan kakitangannya lebih terjamin.
“Sekiranya kerajaan bersetuju dengan tuntutan kami, kami akan membatalkan mogok dan mula beroperasi seperti biasa. Tiada masalah,” katanya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:17 AM


PEMANDU bas berehat membaca akhbar ketika mogok di New Delhi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50203#sthash.CMCqpLMC.dpuf

No comments:

Post a Comment