Search This Blog

Tuesday, May 12, 2015

Mesin judi RM2 juta dilupuskan

Kuala Lumpur: Sebanyak 1,098 unit mesin perjudian berkomputer bernilai lebih RM2 juta hasil 67 serbuan di premis perjudian seluruh Dang Wangi di sini, sejak Jun 2014 hingga bulan lalu, dilupuskan.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, proses pelupusan mesin perjudian itu adalah yang pertama pada tahun ini.
Menurutnya, proses terbabit dilakukan di bawah Seksyen 16A (3) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.
"Kami sudah mendapat arahan pelupusan daripada Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas kami berjaya mendakwa kesemua pesalah di mahkamah dan mereka dijatuhkan hukuman.
"Daerah ini kini bebas daripada kegiatan perjudian dan pihak kami kini memantau secara serius bagi memastikan kegiatan perjudian haram tidak lagi boleh beroperasi," katanya kepada media selepas pelupusan barang kes di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 2:28 PM


MESIN perjudian yang dilupuskan hasil serbuan dari Jun 2014 hingga April 2015. FOTO Shahrul Redzuan Zulkifli
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50393#sthash.5VZyvpcC.dpuf

No comments:

Post a Comment