Search This Blog

Monday, May 4, 2015

Mayat dalam kereta terjunam sah pegawai polis

AHAD, 3 MEI 2015 @ 4:25 PM

 KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemui hari ini dalam kereta yang terjunam dalam lombong di Taman Prima, Puchong dua hari lepas, telah disahkan seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP). Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Wan Abdullah Ishak berkata, mangsa ialah ASP V. Sivanathan yang bertugas di Bahagian Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. "Mendiang berusia 34 tahun dan telah berkahwin serta mempunyai seorang anak. Mendiang telah berkhidmat di bahagian itu selama lima tahun ," katanya. Beliau berkata difahamkan semasa kejadian, mendiang dalam perjalanan untuk mencari saksi bagi satu kes berkaitan narkotik. Wan Abdullah menyifatkan Sivanathan sebagai pegawai yang berdedikasi dan cekap menjalankan tugas dan pihaknya akan menjaga kebajikan anggota keluarga mendiang. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Serdang dan telah dikenal pasti anggota keluarganya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment