Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Mati diterajang pelajar senior


JENAZAH Nur Aqram dibawa keluar dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


BACHOK – Seorang pelajar kolej me­nemui ajal pada hari lahirnya yang ke-16 selepas terkena dua kali sepakan pelajar senior dalam kejadian di sebuah bilik asrama di Kolej Vokasional Bachok, Bachok dekat sini kelmarin.
Dalam insiden pukul 11.40 malam, Mohamad Nur Aqram Zime yang merupakan pelajar Kejurute­raan Elektrik sedang tidur di atas katilnya sebelum suspek berusia 17 tahun masuk dan mengejutkannya.
Nur Aqram dipercayai di­serang suspek selepas mangsa dikatakan tidak menghormati suspek de­ngan memberi salam atau senyuman.
Mangsa yang baru terjaga daripada tidur terus disepak dua kali di leher menyebabkan remaja itu pengsan sebelum dia kemudian meninggal dunia.
Semasa kejadian, terdapat empat lagi pelajar junior lain di bilik asrama itu. Suspek merupakan pelajar semester ketiga tahun dua yang pintar di kolej itu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, tindakan suspek itu dikatakan berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap mangsa yang dirasai tidak menghormatinya.
“Selepas dikejutkan daripada tidur, mangsa semester pertama tahun satu kolej itu terus disepak di leher dua kali.
“Suspek disyaki mempunyai kemahiran ilmu silat menyebabkan sepakan itu menjadi pukulan maut kepada mangsa,” kata beliau pada sidang akhbar di sini semalam


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3Zxsk7LC6 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment