Search This Blog

Tuesday, May 12, 2015

Masih berbalas serangan

KEADAAN pejabat bekas presiden Ali Abdullah Saleh yang dibom, dua hari lalu.
Kaherah: Militia pemberontak Houthi dan tentera Arab Saudi di Yaman semalam dilaporkan masih berbalas serangan tembakan di kawasan dua negara itu menjelang hari ini yang ditetapkan untuk gencatan senjata kemanusiaan.
Menurut Houthi, mereka melepaskan roket dan mortar di dua pekan sempadan, Jizan serta Najran semalam, selepas Arab Saudi menyerang daerah Saada dan Hajjah menggunakan lebih 150 roket.
Pesawat Arab Saudi turut menyerang kedudukan Houthi di pusat bandar Taiz dan Sanaa.
Serangan udara Arab Saudi itu setakat ini gagal menumpaskan Houthi dan unit tentera setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh.
Kumpulan pemberontak yang disokong Iran itu masih berkuasa di Yaman.
Arab Saudi menawarkan gencatan senjata selama lima hari bermula petang ini bagi membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan ke negara itu, namun memberi amaran bahawa gencatan senjata itu bergantung kepada kepatuhan Houthi terhadap perjanjian berkenaan.
Namun menurut kumpulan agensi bantuan antarabangsa, lima hari tidak mencukupi untuk memberikan bantuan kepada negara itu, yang mengalami kekurangan makanan dan ubat-ubatan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:14 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50198#sthash.LQ5GDTEL.dpuf

No comments:

Post a Comment