Search This Blog

Friday, May 29, 2015

Lelaki mengaku bersalah ugut, cederakan ibu, isteri dan anak

JUMAAT, 29 MEI 2015 @ 12:47 PM

AYER KEROH: Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, sebentar tadi atas empat pertuduhan menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah terhadap ibu, isteri dan tiga anaknya dalam kejadian tebusan di Taman Duyong Indah, dua minggu lalu. Tertuduh, Ramlan Mohd Sanusi, 31, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh. Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengacukan sebilah parang yang boleh mendatangkan ketakutan kepada Saloma Sapuri, 44 dan Laila Abdullah, 63. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Keseksaan. Untuk pertuduhan ketiga dan keempat pula, Ramlan didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Saloma Sapuri, 44 dan Laila Abdullah, 63. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashraf Abd Hamid, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) negeri, Ishak Kari.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57896

No comments:

Post a Comment