HUNUCMA - MEXICO. Seorang lelaki meninggal dunia selepas menyuntik minyak masak di dada untuk menyertai sebuah pertandingan ratu cantik di sini.

Juan Manuel Sanchez yang dikenali sebagai Bebo melakukan suntikan itu untuk membesarkan bahagian dadanya selepas dicadangkan oleh seorang rakannya.

Namun, lelaki itu terus jatuh sakit sejurus selepas menyuntik cecair itu ke badannya.

Keadaan bertambah buruk selepas rakannya yang panik menyuntik sejenis cecair lain dengan dengan harapan ia dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung Juan Manuel namun keadaan bertambah buruk sehingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Juan Manuel hanya dibawa ke hospital sehari selepas itu dan disahkan meninggal dunia lapan hari kemudian.

Sementara itu, doktor berkata, badan Juan tidak dapat menerima suntikan itu sehingga menyebabkan paru-paru dan otaknya rosak.

Polis mengesahkan kejadian itu dan siasatan akan dilakukan.