Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Lacur 200 wanita di Internet

Jakarta: Polis Indonesia berjaya membongkar satu sindiket pelacuran dalam talian selepas menangkap seorang lelaki yang disyaki bapa ayam.
Lebih mengejutkan lagi, lelaki berkenaan dipercayai mempunyai seramai 200 pekerja seks terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk artis.
Lelaki berusia 32 tahun itu ditangkap dalam satu operasi di sebuah hotel lima bintang di sini, Jumaat lalu.
Dia ditahan bersama seorang artis wanita ketika sedang menunggu pelanggan di hotel berkenaan.
Semua wanita yang menjadi pelacur itu dipercayai bekerja secara sukarela dan menjadikan lelaki berkenaan sebagai pengantara dengan pelanggan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 7:31 AM


SUSPEK (baju oren) menutup muka ketika dibawa ke sebuah balai polis di Jakarta, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49994#sthash.c14ixoet.dpuf

No comments:

Post a Comment