Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Kutu rayau culik budak diberkas

Oleh FIRDAUS HASSAN

Lelaki yang disyaki menculik Aiman diberkas orang ramai ketika merayau-rayau meminta sedekah di hadapan Masjid Muhammadi di Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang kutu rayau yang disyaki menculik kanak-kanak berusia tujuh tahun pada Jumaat lalu sebelum memaksanya mengemis di sebuah pasar raya di bandar ini ditangkap orang awam di hadapan Masjid Muhammadi di sini semalam.
Gelandangan berusia 22 tahun dan sihat tubuh badan ditangkap oleh lelaki yang menyelamatkan Aiman Kamarolzaman ketika kanak-kanak itu sedang mengemis bersama dua kanak-kanak lain pada Sabtu lalu.
Semasa ditangkap oleh pekerja swasta dengan bantuan orang ramai pada pukul 10.30 pagi, suspek yang berkemeja dan berseluar lusuh terbabit sedang mengemis di sekitar Masjid Muhammadi seorang diri.
Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Azirul, 40, berkata, dia yang kebetulan melalui depan Masjid Muhammadi pada pukul 10 pagi terkejut melihat pengemis lelaki yang ditemui bersama Aiman di pasar raya di sini pada Sabtu lalu.
“Melihat lelaki itu, saya terus menghampirinya dan selepas betul-betul pasti dia merupakan orang sama bersama Aiman, saya dengan bantuan orang ramai menangkapnya,” cerita Azirul semasa dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Katanya, ketika menyelamatkan Aiman dua hari lalu, dia tidak mengetahui cerita sebenar di sebalik kanak-kanak itu menjadi pengemis.
Namun kata Azirul, selepas terbaca akhbar semalam, dia yakin lelaki itu telah melakukan sesuatu yang salah menyebabkan dia dengan bantuan beberapa orang awam menangkap lelaki itu dan diserahkan kepada polis.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3bCEZwGzJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment