Search This Blog

Saturday, May 30, 2015

Korban tayar lori pecah

Bukit Tagar: Seorang pemandu lori maut, kelindannya cedera selepas lori dinaiki terbalik di Kilometer 417.3 Lebuhraya PLUS arah Kuala Lumpur berhampiran Plaza Tol Bukit Tagar di sini, 11.10 pagi tadi.
Kemalangan berlaku disebabkan tayar belakang kanan lori pecah lalu terbalik dan terseret hampir 30 meter
Pemandu lori Chuah Eng Siah, 40, tercampak keluar dan maut di tempat kejadian.
Kelindannya yang cedera dikeluarkan oleh orang awam dari tempat duduknya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dirawat.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.12 pagi dan tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 2:24 PM


Mangsa maut di tempat kejadian. FOTO Amrullah Abdul Karim
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54520#sthash.KJhOxWXn.dpuf

No comments:

Post a Comment