Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Kantoi tuan rumah balik

Miri: Cubaan sekumpulan tujuh lelaki memecah masuk sebuah rumah dan memindahkan barang milik mangsa dengan lori gagal apabila mereka ditangkap dalam kejadian di Desa Pujut, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tujuh lelaki berusia 30-an itu dikesan memecah masuk rumah mangsa dan memindahkan barang dicuri dalam sebuah lori dan sebuah kereta.
Bagaimanapun, perbuatan itu disedari jiran mangsa yang curiga dengan gelagat lelaki yang tidak dikenali itu kerana mangsa tidak pernah memaklumkan kepadanya akan berpindah.
Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, ketika kejadian, pemilik rumah keluar ke bandar membeli barang keperluan dan hanya mengetahui kejadian itu sebaik saja dimaklumkan jirannya.
Katanya, sebaik menerima maklumat kejadian berkenaan, pemilik rumah segera pulang dan mendapati sekumpulan lelaki tidak dikenali sibuk memindahkan barangnya ke dalam lori.
“Beberapa perabot dan peralatan elektrik sudah diletak dalam lori, malah kumpulan penjenayah itu masih memindahkan beberapa barang lain menyebabkan mangsa segera menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, anggota polis yang menerima laporan itu segera bergegas ke lokasi kejadian dan menahan ketujuh-tujuh suspek dan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut selain merampas kenderaan digunakan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 12:59 PM


ANTARA suspek yang ditahan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50106#sthash.SQewOijC.dpuf

No comments:

Post a Comment