Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Jumpa sebelah kaki manusia



ANGGOTA polis memeriksa anggota kaki kiri manusia yang ditemui di Melaka semalam.


MELAKA – Seorang lelaki tidak menyangka objek disangka kayu yang ditemui atas tanah di sebuah tapak projek perumahan di Lorong Pandan di sini semalam rupa-rupanya sebelah kaki manusia.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Azwan Fitri Anuar, 27, yang merupakan penyelia di tapak projek berkenaan menemui kaki tersebut.
Ketika ditemui, bahagian tapak kaki itu berbalut dengan kain pembalut luka.
“Pada mulanya saya menyangka ia kayu, namun apabila dilihat secara dekat kerana merasa pelik setelah tercium bau busuk rupa-rupanya adalah sebelah kaki kiri manusia dari paras lutut hingga ke bawah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Ujarnya, dia yang tidak berani untuk menyentuh anggota kaki berkenaan kemudian bertindak menghubungi polis.
Menurut Azwan lagi, kali terakhir dia berada di kawasan tersebut adalah pada petang Sabtu lalu tetapi tidak menemui objek atau kaki manusia di kawasan itu.
Kaki manusia itu dipercayai telah ditanam di tempat lain tetapi tidak terlalu dalam sebelum di­selongkar haiwan liar.
Anggota tubuh itu kemudian digonggong haiwan tersebut sehingga ke lokasi kejadian tempat kaki itu ditemui.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, sepasukan anggota forensik polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0526&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3bCEtovCp 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment