NEW SOUTH WALES - AUSTRALIA. Seorang wanita mendakwa menemui puntung rokok dalam donut yang telah dimakan separuh oleh seorang kawannya, Isnin lepas.

Menurut Dailymail, wanita berkenaan bertindak berkongsi penemuan tersebut di laman sosial Facebook.

"Kawan saya makan dan muntah kembali sebahagian donut tersebut. Beliau jumpa puntung rokok di dalamnya," kata wanita tersebut.

Wanita tersebut kemudian menuduh kakitangan yang bertanggungjawab memasak donut terbabit merokok ketika memasak.

Syarikat yang menjual donut berkenaan kemudian memberikan kenyataan berhubung insiden terbabit.

"Kami menjalankan siasatan terperinci terhadap isu terbabit dan sudah menghubungi pelanggan berkenaan.

"Isu ini disiasat di Australia dan juga rangkaian kami di Amerika Syarikat, Krispy Kreme Doughnut Corporation," jelas kenyataan tersebut.