Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Jepun guna bola warna tangkap penjenayah


26 Mei 2015 12:18 AM




TOKYO 25 Mei – Jika dahulu, ma­syarakat Jepun membaling te­lur ke arah penjenayah bagi memudahkan mengesan penjenayah terbabit, tetapi hari ini masyarakat negara matahari terbit itu kini mengambil pendekatan baharu dengan menggunakan bola berwarna cerah pula, yang digunakan pemilik kedai bagi mencegah jenayah di negara ini.
Bola berwarna bagi tujuan pencegahan jenayah yang dikenali masyarakat tempatan sebagai `bohan yu kara boru’ itu sering didapati berwarna jingga dan diletakkan di sebelah kaunter juruwang di kedai runcit, pasar raya malah juga di balai polis.
Jika berlaku kejadian curi atau rompak, pekerja kedai itu akan membaling bola berkenaan ke arah penjenayah atau pada kenderaan yang digunakan penjenayah kerana apabila bola itu meletup, cecair berwarna cerah akan melekat pada badan atau pakaian suspek yang memudahkan pihak berkuasa untuk menangkap penjenayah tersbabit.
Bagaimanapun, di sebalik ke­lebihan bola pencegah jenayah itu, Agensi Polis Kebangsaan Jepun melaporkan, penggunaan peralatan itu di Jepun masih rendah iaitu pada kadar tiga peratus bagi jumlah keseluruhan rompakan yang dicatatkan.
Namun, keadaan itu boleh difahami, jika pekedai berdepan situasi yang boleh mengancam nyawa, perbuatan membaling bola ke arah penjenayah bersenjata mungkin hanya perkara terakhir yang boleh anda lakukan kerana tindakan itu jelas sekali amat berbahaya.
Di Jepun, setiap pekerja kedai diberikan latihan bagaimana untuk membaling bola itu dengan berkesan dengan menyasarkan bola itu ke arah lantai berhampiran kaki penjenayah kerana percikan cecair berwarna itu akan mengenai badan suspek.
Portal Odditycentral melaporkan, penggunaan bola berwarna didapati berjaya mengurangkan kes rompakan di kedai-kedai.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/jepun-guna-bola-warna-tangkap-penjenayah-1.95716#sthash.tYq2yGSN.dpuf

No comments:

Post a Comment