Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Jengkaut hangus di tebing

Bukit Beruntung: Jengkaut yang diletakkan di tebing Sungai Guntung berhadapan bank di sini terbakar, lewat malam tadi.
Kebakaran dipercayai berlaku akibat perbuatan khianat memandangkan ketika kejadian tiada kerja dilakukan di kawasan projek menaiktaraf sistem saliran sungai berkenaan.
Pegawai Bomba Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu (BBPKKB), Omar Mohd Yatim berkata, pihaknya menerima panggilan pada 11.30 malam dan tiba di lokasi pada 11.58 malam.
"Ketika sampai kita dapati jentera pengaut ini sedang terbakar. Operasi pemadaman dilakukan dan api berjaya dikawal kira-kira 10 minit kemudian.
"Kebakaran ini mungkin berpunca daripada perbuatan sabotaj atau khianat berdasarkan struktur jentera yang tidak mudah terbakar serta masa kejadian juga lewat malam," katanya.
Bagaimanapun, Omar berkata, pasukan Forensik Zon 6, Hulu Selangor akan menjalankan siasatan lanjut mengenai punca kejadian pagi ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 Mei 2015 @ 11:00 AM


ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran jengkaut. FOTO Amrullah Abdul Karim
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50618#sthash.04Uqf9XP.dpuf

No comments:

Post a Comment