PELARIAN Rohingya bersarapan di sebuah pusat penempatan selepas diselamatkan dari beberapa buah bot di Lhoksukon, Aceh semalam.
JAKARTA – Tentera Laut Indonesia membekalkan makanan, air dan ubat kepada kira-kira 500 pendatang dari Myanmar lewat kelmarin sebelum menghantar bot imigran berkenaan menyeberangi Selat Melaka ke arah Malaysia, kata seorang jurucakap tentera.
Empat kapal tentera laut Indonesia menawarkan bantuan itu kepada para penumpang sebuah bot imigran dekat Tanjung Jambu Aye di utara Aceh.
“Penumpang bot masih hidup dan berada dalam keadaan baik,” kata jurucakap Tentera Laut, Manahan Simorangkir.
“Mereka meminta bantuan dan tidak mahu pergi ke Indonesia. Mereka mahu ke Malaysia, justeru kami menghantar mereka selepas memberikan makanan, air dan bekalan perubatan,” tambahnya.
Lebih 1,000 pelarian Rohingya dan Bangladesh tiba di Malaysia dan Indonesia selepas pasukan keselamatan Thailand menggempur kegiatan penyeludupan manusia di negara itu.
Thailand dijadikan transit oleh rangkaian sindiket penyeludupan manusia di Asia Tenggara. – Reuters
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3ZxqWd8Yp
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment