Search This Blog

Tuesday, May 26, 2015

Hantu suruh bunuh anak majikan


Singapura: Seorang amah warga Indonesia dihukum penjara 12 tahun, semalam selepas mengaku bersalah menjerut leher anak majikannya yang berusia 16 tahun sehingga mati.
Tuti Aeliyah, 30, mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan menyebabkan kematian Shameera Basha Noor Basha di rumah majikannya di Tampines pada 14 November 2013.
Tertuduh pada mulanya didakwa atas tuduhan membunuh, tetapi ditukar selepas dia disahkan mengalami masalah mental akibat kemurungan melampau.
Mahkamah diberitahu, Tuti yang bekerja dengan majikannya sejak April 2012 tidak didera atau dilayan dengan teruk.
Bagaimanapun, beberapa hari sebelum kejadian Tuti mula berkelakuan pelik dan pernah memberitahu seorang jiran bahawa dia mahu membunuh diri.
Tuti memberitahu seorang pakar sakit jiwa, dia melihat hantu yang mengarahkannya membunuh mangsa.
Dia yang bersenjatakan sebilah pisau kemudiannya masuk ke bilik remaja itu dan cuba melemaskan mangsa yang tidur dengan menggunakan bantal.
Apabila remaja itu terjaga dan melawan, Tuti bertindak menikam dada serta perut mangsa sebelum menjerut lehernya dengan pakaian sekolah sehingga mati. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53412#sthash.PavASqSQ.dpuf

No comments:

Post a Comment