Search This Blog

Monday, May 4, 2015

Gempa Nepal: Lelaki usia 101 tahun diselamatkan

SNIN, 4 MEI 2015 @ 7:18 AM

KATHMANDU: Anggota penyelamat berjaya mengeluarkan lelaki berusia 101 tahun di celah runtuhan rumahnya seminggu selepas gempa bumi kuat meragut sekurang-kurangnya 7,200 nyawa. Berikutan itu, kerajaan memberi amaran bahawa angka kematian akan naik "lebih tinggi". Lelaki itu, Funchu Tamang diselamatkan pada Sabtu lalu daripada celah runtuhan rumahnya dengan hanya cedera ringan di bahagian pergelangan kaki dan tangan selepas gempa menggegar negara itu pada 25 April lalu. "Dia dibawa ke hospital menggunakan helikopter. Keadaannya adalah stabil," kata pegawai polis, Arun Kumar Singh di daerah Nuwakot, kira-kira 80 kilometer barat laut Kathmandu. Pusat Operasi Kecemasan Negara di bawah Kementerian Dalam Negeri Nepal melaporkan berita lelaki 101 tahun itu diselamatkan di perkampungan Kimtang, Nuwakot menerusi Twitter. Sehubungan itu, polis berjaya mengeluarkan tiga wanita daripada celah runtuhan semalam di Sindhupalchowk, satu daripada daerah yang paling teruk terjejas walaupun tidak jelas bagaimana mereka terperangkap begitu lama. Berita mangsa yang berjaya diselamatkan begitu jarang diperoleh selepas pegawai menolak kemungkinan lebih ramai mangsa terselamat di celah runtuhan dan tumpuan beralih kepada usaha menghantar bantuan untuk beribu-ribu orang di kawasan terpencil di pergunungan Himalaya. Sementara itu, Menteri Kewangan, Ram Sharan Mahat berkata, jumlah kematian dijangka meningkat sebaik pasukan penyelamat tiba di perkampungan dekat pergunungan berkenaan yang terjejas akibat gempa paling teruk dalam tempoh lebih 80 tahun. "Masih ada perkampungan yang kita tahu bahawa semua rumah musnah tapi belum dapat sampai ke tempat itu," kata Mahat dalam kenyataan. - AFP

FUNCHU Tamang, duduk di atas katil di sebuah hospital di daerah Nuwakot selepas beliau diselamatkan.l - Foto AFP

No comments:

Post a Comment