Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Gempa bumi bergegar lagi di Kathmandu

AHAD, 10 MEI 2015 @ 11:43 PM

 LOKASI gempa bumi di Nepal. - Foto EPA

 KATHMANDU: Gempa bumi berukuran 4.2 skala Richter menggegarkan Kathmandu, hari ini menyebabkan orang ramai meninggalkan rumah serta pejabat kerana bimbangkan keselamatan diri. Menurut pusat seismologi negara, pusat gempa dikesan di Sangha, kira-kira 50 kilometer di timur Kathmandu. Lebih 650 gegaran kecil berlaku sejak gempa bumi berukuran 7.9 skala Richter melanda Nepal pada 25 April lalu, yang menyaksikan hampir 9,000 orang terbunuh dan 17,871 cedera serta merosakkan harta benda bernilai berbilion dolar. Ahli seismologi, Som Lal Sapkota bagaimanapun berkata orang ramai tidak perlu panik kerana kekerapan dan kekuatan gegaran susulan kini semakin berkurangan. Sementara itu, kerajaan Nepal berjanji akan membina semula rumah dan bangunan kerajaan yang rosak dalam masa dua tahun. Penderma antarabangsa pula berjanji akan menghulurkan bantuan bernilai berpuluh juta dolar untuk meringankan bebanan mangsa serta membina semula bangunan dan infrastruktur yang rosak akibat bencana alam dahsyat itu. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54090

No comments:

Post a Comment