Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Gempa bumi baharu gegar Nepal


SEORANG wanita berdiri atas runtuhan sebuah rumah di Sankhu selepas gempa bumi baharu menggegarkan Nepal semalam.


KATHMANDU – Lebih 24 orang terbunuh di sebuah bandar di tengah Nepal semalam selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.3 menggegarkan negara di Banjaran Himalaya itu.
Gempa terbaharu itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 981 orang tercedera.
Bencana itu berlaku hanya beberapa minggu selepas gempa berkekuatan magnitud 7.9 membunuh lebih 8,000 orang dan merosakkan beribu-ribu bangunan di Nepal.
Sebahagian mangsa gempa baharu itu mati di bandar Chautara, dalam daerah Sindhupalchowk di utara Kathmandu.
Sindhupalchowk merupakan kawasan paling teruk terjejas dalam kejadian gempa bumi pada bulan lalu.
Gegaran baharu itu turut mencetuskan sekurang-kurangnya tiga kejadian tanah runtuh di daerah sama.
“Gempa bumi terbaharu itu menyebabkan kami menggeletar ketakutan,” kata pegawai berkenaan, Diwakar Koirala.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat menyatakan, gempa semalam berpusat 68 kilometer ke barat bandar Namche Bazar, dekat Gunung Everest dan sempadan Tibet.
Gempa itu turut dirasai oleh penduduk New Delhi dan ibu kota Bangladesh, Dhaka. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3ZxqDltfk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment