BEIJING - CHINA. Dua lelaki dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah atas dakwaan memandu secara merbahaya dalam kejadian 11 April lepas.
 
Menurut Xinhua Reports, Yu Muchun, 20, dan Tang Wentian, 21 masing-masing dijatuhi hukuman penjara empat dan lima bulan dan didenda sebanyak 18,000 yuan (RM10409.44).
 
"Saya sudah melakukan kesilapan dan memberi pengaruh buruk kepada masyarakat dan juga mencederakan ahli keluarga dan kawan saya," kata Wentian yang memandu Lamborghini berkenaan.
 
Kedua-dua lelaki tersebut yang merupakan penggangur menimbulkan spekulasi bahawa mereka merupakan anak kepada pegawai kerajaan atau ahli perniagaan.
 
Dalam kejadian 11 April lepas, kereta jenis Lamborghini dan Ferrari yang dipandu Wentian dan Muchun didapati berlumba pada kelajuan 179 km/j sebelum hilang kawalan dan melanggar pagar dalam terowong Datun Road.