Search This Blog

Friday, May 29, 2015

Ecuador sita 200,000 sirip yu

KHAMIS, 28 MEI 2015 @ 7:27 PM

JOSE Serrano mengumumkan perkara itu menerusi status di Twitter dengan memuat naik beberapa gambar memaparkan longgokan beg berwarna gelap berisi sirip yu.

 QUITO: Ecuador menyita kira-kira 200,000 sirip yu dan menahan tiga individu disyaki ahli sindiket penyeludupan di pelabuhan perikanan utama di negara itu. Menteri Dalam Negeri, Jose Serrano mengumumkan perkara itu menerusi status di Twitter dengan memuat naik beberapa gambar memaparkan longgokan beg berwarna gelap berisi sirip yu. Sirip yu mendapat permintaan tinggi di Asia untuk kegunaan perubatan dan masakan. Bagaimanapun, penggunaan sirip yu diharamkan di Ecuador. Pihak berkuasa Ecuador melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 300,000 jerung dibunuh oleh sindiket penyeludupan, antara jenayah alam sekitar paling serius di negara itu dalam tempoh beberapa tahun. Sirip yu dirampas dalam beberapa operasi di bandar pelabuhan Manta. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57788

No comments:

Post a Comment