Search This Blog

Friday, May 29, 2015

Dua sahabat maut nahas di LPT2

JUMAAT, 29 MEI 2015 @ 7:40 PM

 Oleh Rosli Ilham bhkt@bh.com.my


KEADAAN kenderaan serbaguna MPV Naza Ria yang dinaiki lima sahabat terbabas dan mengorbankan dua daripada mereka di Kilometer 277.7, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Chukai. - Foto Rosli Ilham

 CHUKAI: Hasrat lima sahabat yang dalam perjalanan untuk menyertai pesta mencandat sotong di Marang musnah selepas dua daripada mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 277.7, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat susur keluar Chukai, hari ini. Kedua-dua sahabat itu, Syaiful Nahar Mokhtar, 40, dari Felda Lurah Bilut, Pahang dan Khairuddin Yunus, 41, dari Taman Pendamar Indah, Pelabuhan Klang, Selangor, meninggal serta merta di tempat kejadian. Dalam kemalangan jam 2.15 petang itu, kenderaan NAZA Ria yang dipandu Salsuriya Selamat, 41, melanggar penghadang jalan lalu berpusing sebelum merempuh pula pembahagi jalan. Rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa terbabit tercampak di atas jalan dan meninggal serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala. Dua lagi penumpang kenderaan itu dilaporkan parah dan menerima rawatan di Hospital Kemaman. Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan ke Marang. Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Normansah Din, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57968

No comments:

Post a Comment