Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Dua jam terperangkap


SEBAHAGIAN daripada kereta yang terperangkap dalam banjir kilat di Bukit Mertajam semalam.


SEBERANG PERAI – Tiga buah keluarga termasuk kanak-kanak terpaksa berdepan detik cemas hampir dua jam apabila sekitar pekarangan rumah mereka ditenggelami air akibat banjir kilat di Jalan Masjid, Kampung Machang Bubok, Bukit Mertajam di sini pagi semalam.
Mereka terdiri daripada anak-beranak yang berusia antara 20 hingga 60-an dan enam kanak-kanak berumur tiga hingga lapan tahun.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 6.15 pagi setelah hujan lebat turun tanpa henti sejak pukul 2.30 pagi.
Seorang ma­ngsa, Fathurrahman Abdul Rahim, 26, berkata, kejadian disedari bapanya, Abdul Rahim Ismail, 64, semasa bangun daripada tidur untuk menunaikam solat Subuh.
“Sebaik bapa membuka pintu tandas dilihat air mula naik dengan pantas hingga ke paras betis dan dia terus mengejutkan kami adik-beradik termasuk anak saudara yang semasa itu sedang tidur di bilik masing-masing.
“Memang kami sudah jangka air akan naik ber­ikutan hujan lebat sejak beberapa jam lalu dan tidak sangka kali ini air naik terlalu cepat di pekarangan rumah sehingga ke paras dada,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3ZxsNtRaa 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment