Search This Blog

Monday, May 4, 2015

Dua ditahan bantu siasatan nahas maut MyVi-Pajero

AHAD, 3 MEI 2015 @ 6:50 PM

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua individu yang terbabit dalam kes kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan Mitsubishi Pajero Sports dan dua Perodua MyVi di Lebuhraya DUKE malam kelmarin. Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata pihaknya telah menahan seorang lelaki Melayu berusia 31 tahun dan seorang perempuan Melayu berumur 35 tahun. "Mereka ditahan untuk membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis dan dikehendaki lapor semula ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dalam masa dua minggu ini. "Cawangan Trafik Kuala Lumpur juga telah memulakan siasatan dan saya memberi jaminan bahawa siasatan akan dijalankan secara telus tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam kemalangan ini. "Pihak yang didapati cuai sehingga menyebabkan kemalangan berlaku akan tetap dibawa ke mahkamah untuk didakwa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Fuad turut meminta semua pihak termasuk media supaya hentikan sebarang spekulasi dan mengeluarkan kenyataan yang tidak tepat kerana ia mungkin menjejaskan siasatan polis. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merayu orang ramai yang menyaksikan kemalangan maut itu supaya tampil membantu siasatan polis.

No comments:

Post a Comment