MANILA - FILIPINA. Seorang lelaki warganegara Amerika Syarikat (AS) ditahan di lapangan terbang kerana didakwa cuba membawa masuk bom tangan dan pisau ke dalam pesawat, hari ini.
Menurut laporan CNN, bom tangan dan pisau tersebut dikesan di dalam beg yang dipakai Cipriano de Guzman ketika pemeriksaan X-ray.
Kolonel Ricardo Layug dari Jabatan Keselamatan Penerbangan memberitahu, lelaki tersebut tidak akan dibenarkan keluar dari Filipina dan akan didakwa.
"Ia adalah kes pemilikan haram bahan letupan dan objek tajam," kata Ricardo.
Kedutaan AS di Manila dimaklumkan perkara tersebut.