SINGAPURA - Mengelak sekatan polis di bandar raya ini selepas 1 Jun bakal berdepan denda maksimum S$5,000 (RM13,552) dan/atau penjara sehingga setahun, menurut pindaan Akta Pasukan Polis diluluskan Parlimen pada Mac.

Penalti itu dinaikkan daripada denda maksimum S$1,000 (RM2,710) dan/atau penjara maksimum enam bulan, menurut Kementerian Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menerusi pindaan itu juga, menjadi kesalahan bagi individu, tanpa kebenaran, menggunakan logo dan lambang Pasukan Polis Singapura (SPF) yang boleh mencetuskan timbul salah faham terhadap SPF.

Juga menjadi satu kesalahan untuk mengedar dan menjual lambang, uniform dan barangan mempunyai logo SPF, menurut MHA.  - Bernama