Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Datuk Seri dilepas


Oleh Sarah Zulkifli

sarah@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen di sini, semalam melepas tanpa membebaskan pengasas produk kecantikan, Seri Udani Beauty, Datuk Seri Udani Mohd Noor daripada pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan RM2.9 juta antara Jun 2013 dan April tahun lalu.
Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin memaklumkan surat representasi yang dihantar tertuduh kepada pejabat Peguam Negara memohon mengkaji semula pertuduhan dihadapinya diterima.
Abu Bakar dalam penghakimannya berkata, surat representasi yang bertarikh 17 April itu membenarkan permohonan tertuduh, justeru, Seri Udani dibebaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan.
Mengikut pertuduhan, Seri Udani, 33, sebagai pengarah syarikat Seri Udani Beauty Sdn Bhd didakwa memasukkan wang hasil jualan syarikat RM2,931,040 juta ke dalam akaun peribadinya.
Wang itu sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun syarikat.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di premis perniagaan di Jalan PKU 5/20A, The Strand Kota Damansara antara 12 Jun 2013 sehingga 7 April 2014.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun sebat dan denda jika disabitkan kesalahan.
Sementara itu, Seri Udani yang ditemui di luar mahkamah selepas prosiding tamat berkata, beliau bersyukur kerana permohonan representasi pada 17 Februari lalu untuk mengkaji semula pertuduhan diterima.
“Alhamdulillah, itu saja yang mampu saya cakap selepas dibebaskan daripada pertuduhan ini,” katanya.
Sebelum ini, wanita itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada 9 Oktober lalu. Mahkamah membenarkannya diikat jamin RM30,000.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50528#sthash.2RuY19LN.dpuf

No comments:

Post a Comment