Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Dah penat 6 kali dimasuki pencuri

Melaka: “Saya sudah penat kerana pelbagai cara dilakukan, namun kedai saya tetap dipecah masuk,” kata Yeo Chin Ho, selepas kedai runcitnya di Taman Seri Krubung, di sini dipecah masuk buat kali keenam dalam tempoh tiga tahun.
Dalam kejadian terbaru jam 10 pagi Khamis lalu, Yeo, 65, berkata, dia tergamam apabila melihat keadaan bersepah dan terdapat kesan pecah masuk di bahagian siling.
Katanya, apa yang membuatkan dia terkejut pencuri masuk menggunakan laluan siling dan membuat lubang dengan saiz hanya boleh dilalui kanak-kanak.
“Sebelum menutup kedai jam 10 malam Rabu lalu, semua pintu dikunci, malah hanya syiling RM80 ditinggalkan dalam mesin.
“Sebaik datang keesokannya, saya terkejut melihat kedai berselerak dan syiling lima karton serta lapan peket rokok lesap,” katanya yang ditemui semalam.
Menurutnya, pencuri turut meninggalkan peralatan digunakan untuk memecah masuk seperti tukul besi, kuku kambing dan besi.
“Enam kali kedai saya dipecah masuk dan kerugian jumlah sama iaitu RM1,000 dan kali terakhir berlaku enam bulan lalu,” katanya.
Yeo berkata, dia percaya kejadian itu dilakukan suspek sama.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 1:43 PM


LUBANG kecil dibuat pencuri ketika memecah masuk kedai runcit Yeo.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50118#sthash.rE5MpPle.dpuf

No comments:

Post a Comment