JUMAAT, 29 MEI 2015 @ 11:47 AM
Oleh Siti Sofia Md Nasir siti.sofia@bh.com.my
BEKAS Atlet Pecut Pulau Pinang, Nor Azleen Mohammad Mustafa, 25 menangis kegembiraan selepas memenangi kes saman terhadap seorang pakar Ortopedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, tadi. - Foto Zulaikha Zainuzman
GEORGETOWN: Seorang bekas atlet pecut Pulau Pinang, hari ini memenangi kes saman terhadap seorang pakar ortopedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), yang didakwa cuai ketika melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada tahun 2005. Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Azmi Ariffin, membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Nor Azleen Mohammad Mustafa, 25, terhadap Pakar Perubatan Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Omar Md Isa selaku defendan dan memerintahkan ganti rugi RM510,000 dibayar kepada plaintif. Azmi ketika membuat keputusan itu memerintahkan defendan membayar ganti rugi am RM500,000 dan RM10,000 bagi ganti rugi malu. Nor Azleen diwakili peguam N Ahilan manakala PPUM diwakili oleh G K Ganesan dan N Sharmini.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/57893

No comments:
Post a Comment