Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Bayi jatuh main eskalator

Kota Kinabalu: Seorang bayi perempuan berusia 18 bulan terselamat selepas terjatuh dari eskalator di tingkat satu sebuah pusat beli-belah di Jalan Sulaman dekat sini, semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Noraini Herman bernasib baik apabila hanya luka di mulut dan bengkak di mata sebelum menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) dan keadaannya dilaporkan stabil.
Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bermain di eskalator di tingkat satu manakala ibunya membayar tiket tempat letak kereta di mesin berhampiran tempat kejadian.
“Ketika itu, mangsa dikatakan bermain berhampiran pemegang eskalator sebelum tiba-tiba diseret sebelum terjatuh.
“Akibat kejadian itu, ibu mangsa dibantu orang awam yang berada di tempat kejadian bergegas mendapatkan mangsa sebelum dihantar ke HQE II untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sumber berkata, mangsa bersama ibunya dikatakan pergi ke pusat beli-belah itu untuk membeli barangan keperluan dapur manakala bapa mangsa juga seorang penyelia bangunan di Kota Kinabalu sedang bekerja.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa dipercayai terjatuh dari eskalator di tingkat satu berdekatan kedai emas sebelum dikejarkan ke HQE II untuk rawatan lanjut.
“Mangsa kini berada di Zon Kritikal HQE II untuk untuk rawatan lanjut dengan ditemani ibunya dan mangsa juga sudah boleh menangis.
“Bagaimanapun, mangsa dalam keadaan stabil dan cuma mengalami cedera ringan dan bengkak di mata serta luka di mulut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, pihaknya masih menunggu keputusan pemeriksaan X-ray dari HQE II untuk siasatan lanjut.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mei 2015 @ 12:53 PM


LOKASI kejadian mangsa terjatuh dari eskalator.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50102#sthash.b9oQQ2wC.dpuf

No comments:

Post a Comment