Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

Balasan dera anak tiri


Preston, Britain: Seorang bapa yang gemar menakutkan enam anak tirinya ketika kanak-kanak itu masih kecil kini menerima balasan selepas dia dihukum penjara selama lima tahun.
David Lamb, 47, dihukum penjara oleh sebuah mahkamah di sini baru-baru ini selepas didapati bersalah melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak.
Lamb didakwa selepas anak tirinya yang kini berusia 20-an membuat laporan polis terhadap lelaki itu pada 2013.
Mangsa memberitahu mahkamah, Lamb suka menakutkan mereka ketika masih kecil dengan berpura-pura menjadi watak filem seram Freddy Krueger.
Dia pernah menggantung budak itu di pintu sebelum membiarkan cicak peliharaannya menggigit mangsa.
Mangsa juga pernah disumbat di dalam but kereta, dibiarkan tidur diluar rumah dan dipukul sekiranya mereka melawan.
Seorang mangsa memberitahu mahkamah, dia pernah dikurung di dalam almari yang kemudiannya ditolak ke dinding beberapa kali oleh Lamb.
Mangsa berkata, penderaan yang diterima mereka sejak kecil menyebabkan kesan trauma yang berpanjangan.
Hakim Stuart Baker berkata, tindakan Lamb sangat menyedihkan dan sebagai seorang bapa dia sepatutnya menjaga kanak-kanak itu.
“Kamu bukan sahaja melakukan kekejaman fizikal tetapi juga mental,” katanya. - AFP
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50531#sthash.0zzHvnbT.dpuf

No comments:

Post a Comment