Search This Blog

Wednesday, May 13, 2015

APMM tahan dua bot kargo

Kuala Terengganu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 9 (DM 9) Kuala Terengganu berjaya menahan dua bot kargo tempatan bersama 13 awak-awak dan dua tekong warga Vietnam di perairan negeri ini, 10 pagi tadi.
Ketua Penguat kuasa Maritim DM 9, Laksamana Pertama Maritim Xavier Thevadas Gnanapragasam berkata, kapal peronda APMM yang melakukan rondaan rutin di laut menahan bot berkenaan pada jarak 57 batu nautika dari pantai daerah ini.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kesemua awak-awak termasuk tekong tidak mempunyai sebarang pengenalan diri yang sah selain tidak mempunyai lesen perkapalan yang sah.
"Ketika pemeriksaan dijalankan kita mendapati sebuah bot membawa kira-kira 500 kilogram muatan ikan manakala sebuah bot lagi tidak membawa apa-apa muatan.
"Kes ini akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Ordinan Perkapalan Saudagar 1952," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Mei 2015 @ 7:02 PM


BOT kargo tempatan dinaiki nelayan asing yang ditahan APMM pagi tadi. FOTO ihsan APMM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50423#sthash.QJLnlm6T.dpuf

No comments:

Post a Comment