DUBAI - UAE. Pesawat Air Arabia yang dalam penerbangan dari Kuwait terpaksa mendarat cemas di pengkalan tentera udara di Dubai selepas salah seorang penumpang memberi amaran pesawat itu akan meletup.

Pesawat itu terpaksa mendarat di Pengkala Udara Al Minhad, pinggir bandar Dubai awal pagi Isnin.

Memetik laporan Agensi Berita WAM, pihak berkuasa telah mengambil prosedur standard untuk berdepan situasi ini.

Air Arabia adalah sebuah syarikat tambang murah yang berpangkalan di Emirate of Sharjah.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan setakat ini.