Search This Blog

Monday, May 11, 2015

Amuk pecah kedai


Reuters
Beijing: Polis di barat China menahan 11 orang kerana disyaki merosakkan kedai makanan halal yang didakwa tidak mengendalikan makanan mengikut syariah.
Kumpulan berkenaan didakwa memecah masuk dan merosakkan peralatan di dalam kedai di Xining, ibu kota daerah Qinghai selepas dimaklumkan makanan halal dan tidak halal diangkut bersama pada 1 Mei lalu.
Namun siasatan pihak berkuasa mendapati khabar angin itu tidak dibenar.
Pemilik kedai terbabit membuat permohonan maaf terhadap pelanggan Muslim mereka dan memberitahu mereka diarah menghentikan penjualan, pengangkutan serta penghasilan produk halal. Kedai itu turut didenda.
Laporan mengatakan, pemilik kedai dikenali sebagai Li, adalah daripada kumpulan etnik minoriti Hui yang beragama Islam, malah sebahagian besar pekerjanya juga Muslim.
Keselamatan dan kualiti makanan adalah masalah utama di China selepas beberapa siri skandal berprofil tinggi.
Sementara itu, Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri, Wang Zuoan berkata, China harus melindungi hak sah setiap kumpulan agama.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/49980#sthash.tc1T8Vfo.dpuf

No comments:

Post a Comment