Search This Blog

Saturday, May 23, 2015

Ajal ketika turun bukit

Melaka: Penuntut lelaki berusia 20 tahun meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas ketika dalam perjalanan turun ketika berjoging di Bukit Beruang, di sini, 10.20 malam tadi.
Mangsa, Yong Whye Sern, 20, bersama dua lagi rakan lelaki dan wanita berusia 20 dan 19 tahun, dikatakan keluar berjoging di bukit itu kira-kira 6 petang tadi, sebelum sesak nafas ketika menuruni bukit
Menurut sumber, mangsa bersama rakan sudah berada di puncak bukit terbabit memutuskan untuk turun menggunakan trek tanah baru di sebalik bukit itu kira-kira 7 malam.
Seorang daripada rakan mangsa dikatakan menghubungi abangnya kira-kira 7.30 malam sebelum ahli keluarga mangsa bergegas ke kaki bukit itu.
Komander Operasi PBK II Hadzar Hasan dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan Hospital Melaka.
Mangsa dibawa turun oleh pasukan Bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis yang menghantar mayat ke Hospital Melaka.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Mei 2015 @ 12:19 AM


MANGSA dikatakan sesak nafas ketika menuruni bukit. FOTO Muhammad Hatim Ab Manan
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/52838#sthash.vlarmJ5m.dpuf

No comments:

Post a Comment