Search This Blog

Monday, May 4, 2015

Polis Nepal keluarkan 50 mayat dari runtuhan gempa

AHAD, 3 MEI 2015 @ 12:40 PM



ASKAR Nepal membersihkan runtuhan di kuil Swayambhunath yang rosak di Kathmandu, berikutan gempa bumi 7.8 magnitud yang melanda Himalaya minggu lalu.- Foto AFP
KATHMANDU: Sepasukan polis Nepal hari ini dilaporkan mengeluarkan kira-kira 50 mayat, termasuk sebahagian pendaki asing dari timbunan runtuhan akibat gempa kuat minggu lalu.

Namun tiada lagi mayat dikenal pasti, kata Pravin Pokharel, Timbalan Superintendan Polis di Daerah Utara Rasuwa.

Pokharel, yang mengetuai pasukan penyelamat berkenaan berkata, polis akan kembali semula ke kawasan mayat yang dikeluarkan itu yang terletak jauh di pedalaman.


Sekurang-kurangnya 200 orang masih lagi hilang di kawasan berkenaan termasuk penduduk kampung dan pendaki gunung, kata pegawai kanan daerah berkenaan, Uddhav Bhattarai.

"Kami tidak mampu sampai ke kawasan itu lebih awal kerana hujan dan cuaca mendung," katanya menerusi telefon.

Kerajaan Nepal hari ini berkata, angka kematian akibat gempa sudah mencecah 7,040 manakala angka yang cedera meningkat kepada 14,123 orang.

Pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) dan penyelamat dijangka tiba di Nepal hari ini, sebelum dijangka bergegas memasuki kawasan di luar Kathmandu untuk mengagihkan bantuan.

Jurucakap Marin AS, Brig Jen Paul Kennedy, berkata kontinjen AS disertai lebih 100 tentera, enam pesawat tentera, dua helikopter serta peralatan berkaitan lain. - REUTERS

No comments:

Post a Comment