Search This Blog

Monday, May 4, 2015

800,000 tinggalkan Kathmandu selepas gempa

AHAD, 3 MEI 2015 @ 9:01 PM

 KATHMANDU: Lebih 800,000 orang telah meninggalkan Kathmandu dalam seminggu lepas setelah gempa bumi yang kuat melanda bandaraya ini dan daerah-daerah sekitar pada 25 April mengorbankan lebih 7,000 nyawa. Menurut polis, mereka menuju ke pelbagai destinasi menerusi jalan darat sejak 26 April kerana khuatir gempa berulang. "Perangkaan kasar kami ialah lebih 800,000 telah meninggalkan Kathmandu...jumlahnya mungkin meningkat jika kami mengambil kira mereka yang berlepas melalui udara," kata Dil Baharu Chhetri, inspektor di Jabatan Pengurusan Trafik Polis Nepal. Kerajaan sendiri menggalakkan penduduk meninggalkan ibu negara ini kerana khuatir wabak penyakit dan bekalan barang-barang keperluan yang berkurangan. Kerajaan menyediakan bas percuma bagi mengangkut mereka yang sedia berpindah dari 27 hingga 30 April. Kekurangan barang keperluan mula terasa akibat kebanyakan kedai ditutup dan sistem pengangkutan awam belum pulih sepenuhnya. Bandaraya ini bergantung pada bekalan dari luar oleh kerana hasil pengeluarannya sendiri tidak mencukupi untuk menampung keperluan kira-kira empat juta penduduk bagi tempoh sebulan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment