Search This Blog

Friday, May 29, 2015

700 akan dihantar pulang

Magelang (Indonesia): Kerajaan Indonesia akan menghantar pulang 700 pendatang warga Bangladesh yang kini ditempatkan di kem sementara di Aceh dan Sumatera Utara.
Pendatang ini diselamatkan nelayan Indonesia bersama ratusan pelarian Rohingya dari Myanmar selepas bot mereka terkandas beberapa minggu lalu.
Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansa berkata, penghantaran pulang pendatang Bangladesh itu akan dilakukan kerana mereka berhijrah untuk mencari pekerjaan.
“Mereka (warga Bangladesh) dikategorikan imigran ekonomi dan patut dihantar pulang.
“Berbeza dengan Rohingya kerana mereka mencari suaka politik dan mereka diberi penempatan baru,” katanya ketika melawat kem penempatan di sini, kelmarin.
Kos penghantaran pulang pendatang Bangladesh itu ditanggung Organisasi Antarabangsa untuk Imigran (IOM).
IOM akan membiayai kos perjalanan imigran dari Aceh ke Medan dan juga kos tiket pulang ke Bangladesh.
“Kami kini giat menjalankan proses pengenalan dan pengesahan pendatang Bangladesh ini.
“Apabila semua dokumen lengkap mereka akan dihantar pulang,” jelasnya. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Mei 2015 @ 12:34 PM


PENDATANG Rohingya yang diselamatkan nelayan Indonesia minggu lalu tidur di sebuah khemar di Langsa, Aceh Timur, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54230#sthash.b4QJeH0q.dpuf

No comments:

Post a Comment