Search This Blog

Monday, May 11, 2015

5 mati ditembak di Switzerland

AHAD, 10 MEI 2015 @ 8:47 PM

 GENEVA: Lima orang terbunuh dalam kejadian tembak di utara Switzerland, menurut polis. Menurut polis, penembak dalam kejadian di bandar Wuerenlingen, berhampiran Zurich, adalah antara mereka yang terbunuh. Ketua polis tempatan, Michael Leutpold, berkata kejadian itu berkaitan konflik peribadi. "Kami menolak kaitan pengganas," katanya pada satu sidang media di sini, hari ini. Leutpold berkata, penembak terbabit ialah seorang warga Switzerland berusia 36 tahun. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti penembak itu. Media tempatan melaporkan penembak itu adalah seorang anggota polis. Beliau dilaporkan pergi ke sebuah rumah dan menembak mati tiga orang - seorang lelaki berusia 58 tahun dan isteri mangsa berusia 57 tahun serta seorang lelaki berusia 32 tahun. Menurut polis, mangsa ialah ibu dan bapa mentua serta adik ipar penembak. Beliau kemudian pergi ke sebuah rumah lain dan menembak mati seorang lelaki berusia 46 tahun sebelum membunuh diri. - AFP


PITA polis kelihatan di bahagian depan sebuah rumah di Wuerenlingen, Switzerland, di mana mangsa ditembak mati. - Foto Reuters DISYORKAN

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/54081

No comments:

Post a Comment